Seawal jam 8.30pagi
:
Hujan mulai turun
membasahi bumi nan hijau.
Pada mulanya, tidak
terlalu lebat. Hanya gerimis renyai renyai sekadar menyiram untuk menyegarkan
flora yang kian layu.
Beberapa minit
berlalu pergi, hujan mulai lebat diikuti kilat dan petir yang berdentum dentam
menunjukkan siapa yang lebih hebat.
Bagi sesetengah
orang yang mengalami fobia apabila mendengar dentuman guruh pasti sedang
meyelubung diri di bawah selimut dan menggigil kesejukan.
Aku,
seperti biasa
menghadiri kuliah pagiku bagi memenuhi syarat kehadiran untuk mengambil
peperiksaan akhir sem nanti.
Mataku merenung ke
luar jendela yang sedang memikirkan cara untuk pulang tanpa terkena percikan
setitis air di baju ku.
“Ah, menyesalnya
tak bawa payung tadi. Sekurang-kurangnya takdalah lencun bila balik nanti.” Aku
bermonolog sambil menongkat dagu memikirkan nasibku.
Di sudut yang lain,
terlihat rakan-rakanku yang lain sedang berbual rancak tanpa memikirkan masalah
yang mereka hadapi ketika hujan.
Ada yang menyanyi.
Ada yang ketawa
kegirangan.
Ada yang menari.
Ada yang terlelap
kepenatan.
Ada yang seperti
aku, duduk keseorangan.
Ada yang
dipinggirkan.
Ada juga yang
sedang ralit membaca buku.
Kenapa?
Kerana mereka semua
selesa melakukan perkara yang sedemikian. Mengisi masa masa yang terluang
sambil menunggu kehadiran seseorang bernama tenaga pengajar untuk masuk ke
dalam kelas.
Till next time,
A g h i n. J
No comments:
Post a Comment