Saturday, 19 December 2015

Epilog.


Aku masih menongkat dagu memikirkan apa yang akan terjadi. Walaupun aku tahu, apa yang sedang aku fikir tidak mungkin akan terjadi. Mana mungkin. Melainkan kuasa Allah yang menjadikan sesuatu itu realiti.

“Kun Fayakun” Jadilah!  Maka, jadilah ia.

Aku tahu. Bukan mudah.
Namun, setelah berusaha dengan hasil titik peluh sendiri telah membuahkan hasil.
Ya, hasil.
Daripada usaha lah yang menentukan samada buah itu mempunyai kualiti yang baik ataupun tidak.
Gelagat rakan sekelasku masih sama seperti dulu. Tidak banyak yang berubah. Cuma segelintir yang berubah daripada positif menjadi lebih positif.
 Dulunya, tidak selalu bercakap. Bercakap apabila ditanya.
Sekarang, semakin mesra. Mungkin chemistry bonding telah terjalin.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Saat aku emnoleh kebelakang, aku terlihat semua tersenyum bahagia.
Ya, bahagia.



Till next time,
A g h i n.

No comments:

Post a Comment