Saturday, 19 December 2015

Coklat.


Siapa suka makan coklat?
Aku.
Aku suka makan coklat.
Takdalah obses sangat.
Biasa je. Tapi kalau suruh aku habislah coklat satu guni, no hal ah! Hahahaha.

Apa yang bestnya coklat ni?
Ok. Meh aku cerita dekat orang yang tak suka makan coklat tu.
First,
Kenapa korang tak suka makan coklat weh?!!!
Takut gemuk?
Fakta mana korang pakai kalau coklat tu menggemukkan?
Okay, memanglah ada peluang kalau makan coklat tu menggemukkan. Tapi, takda lah kalau kau makan terus gemuk.

Cemni lah, tak payah fikir gemuk ke tak.
Tapi apa yang aku tahu, bila makan coklat ni ada satu je rasa dia.
Nikmat. Peh! Sodapnyo.
Bila kau stress, tengah serabut nak fikir banyak benda apa kata aku sarankan kau makan coklat.
Bak kata iklan kit kat “Rehat sebentar bersama kit kat”
Banyaklah iklan coklat yang korang tengok, mesti bila tengah serabut semua tu, makan coklat. Then happy yayyyyy.
Haha. Okbai.

Jom makan coklat?


Till next time,
A g h i n.

Epilog.


Aku masih menongkat dagu memikirkan apa yang akan terjadi. Walaupun aku tahu, apa yang sedang aku fikir tidak mungkin akan terjadi. Mana mungkin. Melainkan kuasa Allah yang menjadikan sesuatu itu realiti.

“Kun Fayakun” Jadilah!  Maka, jadilah ia.

Aku tahu. Bukan mudah.
Namun, setelah berusaha dengan hasil titik peluh sendiri telah membuahkan hasil.
Ya, hasil.
Daripada usaha lah yang menentukan samada buah itu mempunyai kualiti yang baik ataupun tidak.
Gelagat rakan sekelasku masih sama seperti dulu. Tidak banyak yang berubah. Cuma segelintir yang berubah daripada positif menjadi lebih positif.
 Dulunya, tidak selalu bercakap. Bercakap apabila ditanya.
Sekarang, semakin mesra. Mungkin chemistry bonding telah terjalin.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Saat aku emnoleh kebelakang, aku terlihat semua tersenyum bahagia.
Ya, bahagia.



Till next time,
A g h i n.

Monday, 14 December 2015

Prolog.

Seawal jam 8.30pagi :

Hujan mulai turun membasahi bumi nan hijau.
Pada mulanya, tidak terlalu lebat. Hanya gerimis renyai renyai sekadar menyiram untuk menyegarkan flora yang kian layu.
Beberapa minit berlalu pergi, hujan mulai lebat diikuti kilat dan petir yang berdentum dentam menunjukkan siapa yang lebih hebat.
Bagi sesetengah orang yang mengalami fobia apabila mendengar dentuman guruh pasti sedang meyelubung diri di bawah selimut dan menggigil kesejukan.

Aku,
seperti biasa menghadiri kuliah pagiku bagi memenuhi syarat kehadiran untuk mengambil peperiksaan akhir sem nanti.
Mataku merenung ke luar jendela yang sedang memikirkan cara untuk pulang tanpa terkena percikan setitis air di baju ku.

“Ah, menyesalnya tak bawa payung tadi. Sekurang-kurangnya takdalah lencun bila balik nanti.” Aku bermonolog sambil menongkat dagu memikirkan nasibku.

Di sudut yang lain, terlihat rakan-rakanku yang lain sedang berbual rancak tanpa memikirkan masalah yang mereka hadapi ketika hujan.
Ada yang menyanyi.
Ada yang ketawa kegirangan.
Ada yang menari.
Ada yang terlelap kepenatan.
Ada yang seperti aku, duduk keseorangan.
Ada yang dipinggirkan.
Ada juga yang sedang ralit membaca buku.

Kenapa?
Kerana mereka semua selesa melakukan perkara yang sedemikian. Mengisi masa masa yang terluang sambil menunggu kehadiran seseorang bernama tenaga pengajar untuk masuk ke dalam kelas.



Till next time,

A g h i n. J

Khalifah



Cinta yang datang menerpaku tiba tiba.
Hatiku pun bertanya dari manakah ia
Rindu mula bertamu
Hatiku terasa pilu.
Mengenangkan dosaku yang lalu
Terimalah taubatku
Tuhan takkan ku persiakan
Iman yang telah kau berikan
Kekalkan rasa kehambahan padamu oh tuhan.

Impian harus dicapai
Seperti bintang dilangit yang hendak digapai
Pastikan agama tidak terabai
Juga diri kearah serabai

Bayu taubat membasahi pipi
Keringat dosa mula melunturi
Gurisan hati teringat tentangNya
Perjuanganmu jadi sejarah
Bimbing manusia dalam lembah hina
Yang kehausan tiada tujuan.

Ya Allah,
Bantulah kami cari jalan redhaMu
Ya Allah
Istiqamah jadikan amalan kami
Ya Allah
Tasbih jadikan teman sejati
Ampunkan hambamu
Ya Allah.

Monday, 7 December 2015

ANGAN ANGAN.





Kalau cakap pasal angan-angan, siapa yang takda angan-angan?
Mat jenin yang tak sekolah tu pun, ada angan-angan apatah lagi korang semua yang kacak, cantik, manis lagi bergaya ni.Huhu.

Mesti pernah dengar kan pasal angan-angan mat jenin tu?
Aku boleh buat conclusion, kanak kanak zaman dulu, confirm pernah dengar cerita angan angan mat jenin. Jaranglah yang tak tahu.

Eh lupa nak cakap. Kebanyakannya, kanak-kanak Malaysia lah. Nanti kalau tak mention, korang tanya pulak kanak-kanak mana sebab terlalu umum.

Okay. So, apa angan-angan korang?
Angan-angan adalah singkatan daripada satu perkataan “Berangan”

Berangan-angan.

Yang aku selalu dengar lah kan, orang suka berangan nak kahwin dengan kerabat diraja! Haha.
Eh, aku tak cakap kau pun so jangan terasa. Aku cakap umum.

Budak budak lah suka berangan macam ni.

Contohnya:
“Adik, bila dah besar nanti nak buat apa?”
Hm, “Adik nak kahwin dengan putera/puteri raja”

Wow, bestnya!



Till next time,

A g h i n.

S T A L K E R!

Hi!
Siapa suka stalk orang?
Eh, stalk?
Hm, usha lah.
Usha?
Hm. Memerhati, mengikuti perkembangan terkini dan berbagai lagi.

Biasanya, orang yang suka “stalk” orang ni jenis yang terperinci. Means, apa yang dia nak tahu pasal orang tu dia akan cuba cari sumber sumber yang ada. Tak kira lah samada melalui kawan kawan dia ataupun orang tu sendiri. Em em em.

Okay, situasi lain yang aku boleh bagi? Hm.

Alah, tak susah mana pun. Kalau korang ada “crush” confirm kau usha dia. Tapi bisanya stalk ni dekat laman media a.k.a laman sosial yang makin berleluasa ni. Zaman sekarang, “stalk-menyetalk” ni dah jadi satu isu kalau kita nak tahu orang tu macam mana, apa hobi dia, apa yang dia selalu buat, apa aktiviti dia. Macam macamlah!

Eh jap, tapi tak semua benda yang kau stalk tu 100% betul. Kadang-kadang diorang tu fakers! Fake! Positive side je diorang post. Mana ada negative side. Huhuhuhu. Tak percaya?

Silalah lakukan kajian anda dan buat konklusi sendiri okay?


Till next time,

A g h i n.

TRAGEDI

Bismillah.

Bila cakap pasal tragedi, tetiba aku teringat satu insiden ni haaaaa.
Tragedi ni terjadi masa aku enam tahun. Em, rasanyalah.
Masa tu, dalam perjalanan nak ke kota tinggi.

Apa yang aku ingat, jalan yang kitorang lalu tu memang suram, sunyi dan sepi. Huhu.Kalau ada pun, sebuah atau dua buah kereta je yang lalu dalam 10minit. Kira purata lah tu.

Okay then, masa jalan tu sunyi sepi takda kereta atau motor yang lalu, ada satu motor ni dengan seorang penunggang datang dari belakang. Aku duduk tepi tingkap.  Kalau tak silap aku, masa tu tingkap terbuka.

And apa yang jadi lepas tu, motor yang dating dari arah belakang ni tiba tiba menghimpit kerata yang kami naiki sampailah ayah aku tak dapat nak kawal kereta then terbabas dekat pinggir jalan.

Memang dapat satu hentakan yang kuat lah kan bila buat emergency break! Tapi nasib baiklah, semua orang cuma cedera ringan je. Takda cedera parah pun. Aku pun just luka dekat tangan.
 Apa yang misteri kat sini?Hm.
Aku tak cerita pun kan mana motor yang langgar kitorang tu? Mana dia pergi?

Jawapan aku : Entah.


Aku pun tak dapat kesan mana dia menghilang. Sebab bila aku tanya balik semua orang dalam kereta tu nampak ke taka da motor dating dari arah belakang, satu jawapan yang mengecewakan bagi aku. Rupa-rupanya takda siapa pun perasan! Aku?
Apa yang sebenarnya aku nampak? Mungkin khayalan atau mungkin aku sedang bermimpi. Sampai sekarang, aku masih dalam tanda tanya apa yang aku Nampak sebenarnya.


Tettttttttttt..

Till next time,
A g h i n.


Wednesday, 2 December 2015

PERUBAHAN


Zaman sekaraang, trend sekarang, remaja sekarang, mulalah perkataan baru.
Konon perkataan alaf baru, ciptaan remaja kini kononnya.
Kononnya lah.

Okay, apa yang membezakan zaman kini dengan dulu?
Apa?
Banyak benda beza.
Nak kata dari segi teknologi? Memang jauh beza.
Tak dapat dinafikan. Tak dapat disangkal lagi.

Lain? Hm
Makanan? Makanan tak jauh beza.
Cuma sekarang ramai orang yang lagi kreatif.
Tambahan kemasukan menu menu negara lain dalam negara kita, membuatkan kadang-kadang orang kita pun dah jadi macam orang negara luar.
Semuanya, more to western.

Lagi apa?
Bahasa.
Bahasa? Yep.
Kalau orang dulu, bahasa klasik.
Paling pantang dengan bahasa.

Zaman sekarang?
Sekarang bahasa dah macam macam. Pelbagai.
Contohnya :
SAKAI.
Contoh lain tak dapek den nak fikir. Haaaaaaaa.






Till next time,
A g h i n.