Friday, 27 November 2015

"Ying Yaya"


"Ying Yaya" Hm, agak agak korang dapat digest tak apa yang sebenarnya aku nak sampaikan dalam entry kali ni? Heh.


Biasanya budak budak tahulah apa ying yaya ni. Eh eh tapi aku bukannya budak budak kalau aku tahu pasal ying yaya ni. 



Alahai, takkan tak pernah tengok animasi Boboiboi! *Alien yang datang menakluki bumi, demi koko yang dicari cari* Cehhhhhhh. Iklan kejap!



Kalau suruh sambung lagu tadi siapa dapat sambung? Hm, ramai rasanya dapat sambung kan?! Elehhhhh malu malu mambang pulak en taknak ngaku tengok cerita kartun! 


Lek ah, siapa yang tak suka tengok kartun? Jarang orang tak suka. Upin ipin memang fevret semua orang kan?!



Weh jap, apa motif tajuk ying yaya ni dengan kartun, upin ipin and bla bla bla kau bebel? Huhu

Em saja nak bagi tajuk macam tu. Sukahati lah. 

Nak cakap yang watak "Ying Yaya" dalam cerita boboiboi ni watak hero versi perempuan. Siapa yang tak takut dengan Yaya? Gopal yang besar tu pun takut bila Yaya mengamuk. HAHA.


Ying pulak? Watak Ying? Em, seorang gadis cina berkawan dengan boboiboi, yaya and gopal. Ying ada kuasa mengawal masa. Biasalah tu, cerita kartun. Apa yang tak jadi dekat dunia realiti boleh jadi dalam dunia animasi. 



Kau nak apa? 

Terbang?
Mati hidup balik?
Kena renjatan elektrik?
Apalagi?
Boleh. Semua boleh.


Tapi dunia fantasi, animasi dan khayalan je boleh semua tu.

Dalam realiti?
Tiada kuasa yang besar selain kuasa Allah swt.








Till next time,


A g h i n.


Tuesday, 24 November 2015

EMOSI

Ramai yang tak tahu nak kawal emosi sendiri. Emosi ni memang susah nak kawal. Kadang kadang susah jugak nak jangka. Ada masa kita sedih, ada masa kita gembira, ada masa kita nak jerit, ada masa kita nak baling barang campak semuanya, ada masa kita melonjak keriangan dan terlalu banyak untuk describe emosi.

Semua orang ada emosi sendiri. Terpulang pada setiap individu untuk mengawal emosi dengan sebaiknya atau mengikut rentak emosi yang akhirnya hanya memburukkan keadaan.  Kalau boleh takda siapa pun nak beremosi. Siapa yang suka? Beremosi tak tentu arah? Boleh jadi kawan lari ataupun kita boleh jadi ‘loner’.

Kalau boleh, elakkan diri dari terlalu beremosi. Tak salah nak beremosi. Semua orang ada emosi. Cuma, cara kita kawal emosi tu yang Nampak kita ni orang yang macam mana. Salah satu tips nak kawal emosi bila marah, kita boleh ambil wudhuk. Bila kita tak boleh nak redakan kemarahan tu lagi, kita duduk. Tak berkesan? Cuba baring. Okay tak? Kalau tak okay, masa baring tu pejam mata and tidur. Goodnight. Mimpi indah! Assalamualaikum. J


Till next time,
A g h i n.



Sunday, 15 November 2015

Y A K I N

Bismillah.

Here we go to continue our topic before this.


Ingat lagi tak topic apa yang tertangguh haritu? Kira macam aku hutang lah. Cehhh konon ah hutang. HAHA. Eh tapi kalau hutang macam ni boleh masuk buku tiga lima? Lol.


Hutang cerita pasal yakin.


YAKIN. CONFIDENCE.



Tak semua orang ada keyakinan diri.
Confident level.
Ada jugak orang yang confident level dia “zero”
Weh. Zero weh. Kosong.
Nyanyi lagu Najwa Latiff sikit *kosong kosong oh oh*
Nak jadi apa takda level confident? Hantu? Buaya? Hehe



Keyakinan diri boleh dipupuk. Kita boleh bina keyakinan tu.
Peh, aku cakap macam lah keyakinan aku ni tinggi sangat. Luls.
Takdalah tinggi mana. Tapi sentiasa nak tinggikan tahap keyakinan diri aku tu memang ada. Nak jadi berani. Yakin. Kalau ada keyakinan ni kira macam soft skill jugak. Basic soft skill.

Okay then. Habis dah. Yayyyy.

#tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah.


Till next time,

A g h i n.

"T I T L E"

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum pembuka bicara,
Eh hi, selamat sejahtera!

Haha okay tak lawak pun. Merosakkan bahasa adalah. Hm.


Apa perbezaan bila dah masuk alam university ni? Tak kisah lah diploma ke, degree ke, master or pHD or pra-diploma.
Tak kisah lah dekat tahap mana pun, yang penting title “budak U” tu.


Yelah, U dengan sekolah lain. Matrik pun lain. Kalau sekolah and matrik still boleh main main lagi. Kalau kau taknak buat kerja, cikgu/lecturer kejar kau nak jugak kau punya assignment tu.



Tapi bila kau dah jadi budak U ni, kau nak hantar kerja ke tak sukahati kau. Takdalah sukahati. Kira macam ikut kau punya kehendak nak belajar tu. Lecturer takkan kejar kau punyalah. Takkan paksa kau hantar kerja kau. Hantar dapat markah, tak hantar kirim salam je dekat carry marks kau.



Till next time,

A g h I n.

C U T I

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Diberi kesempatan dan peluang lagi untuk bernafas.
Yeayyyyyy. Habis dah cuti midsem! Yayy or nay?
Seminggu tu rasa kejap je. Tak rasa pun.
Balik UKM dah.

Masa cuti buat apa?
Pergi bercuti?
Cuti kat mana?
Best tak?

Cuti biasa biasa  je. Tak pergi mana mana pun.
Tapi, awal cuti midsem haritu pergi kem. Best!
So, masa cuti tu takdelah terbuang macam tu je. Atleast ada jugak benda berfaedah.
Faedah dari segi :
Kenal orang yang kita tak kenal.
Pengalaman
Keseronokan
Hm, best ah. Kalau nak rasa, pergilah kem. J

Then, cuti ni macam biasalah jumpa kawan kawan yang sama sama tengah cuti. Masa ni jelah dapat jumpa diorang. Yelah, belajar pun dah lain tempat sekarang. So masa cuti ni peluang yang ada dapat kumpul sama sama, throwback apa yang ada. HAHA.
Bercuti dengan family? Tak pun.
Sebab tak cukup ahli. So kena tunggu semua cuti. Okbai.



Till next time,


A g h i n. 

N A F S U

Bismillahirrahmanirrahim.

NAFSU.
Nafsu tu apa? Kehendak. Keinginan.
Kebanyakan benda hidup dekat dunia ni ada nafsu. Eh bukan kebanyakan tapi semua. Semua benda hidup dalam dunia ni.

Semua? Even tumbuh-tumbuhan? Sebab tumbuhan pun benda hidup jugak. Kan?
Iyeee. Semua. Termasuk tumbuhan. Nafsu tumbuhan apa? Mestilah air dan udara.

Tapi itu bukan keperluan ke? Nafsu tu keperluan? Kehendak dan keperluan maksud yang sama?
Okay fine. Benda hidup yang boleh bernafas.

Setiap benda hidup yang boleh bernafas ada nafsu.

Nafsu yang paling ketara sekali adalah nafsu terhadap makanan.
Tapi nafsu makanan ni untuk orang Malaysia jelah. Kalau macam dekat Palestin, Gaza semua tu takda nafsu terhadap makanan. Sebab makanan tu keperluan. Kadang-kadang diorang nak dapat makanan pun susah.
Orang Malaysia je suka membazir dengan makanan.
Sebab apa?
Sebab nafsu.





Till next time,

A g h i n.

Tuesday, 3 November 2015

L A P A R


Bismillahirrahmanirrahim.


"Lapar lapar lapar lapar!"

Bila masa yang kita akan selalu lapar? Biasanya lah kan, kita lapar bila tak makan lagi lah. Hahaha.

Okay, #punchline tak sampai. Sokay. Sis faham.

Kalau perasan, sesetengah orang akan lapar bila dalam keadaan sejuk. Uishhhhhh.

Ini bukannya fakta tau. Baru buat pemerhatian ni.

So conclusionnya, dalam keadaan sejuk je mesti lapar.

Okaylah sebagai contoh, bila hujan.

Aku rasa, mostly bila hujan orang akan cakap "weh, lapar ah"

Takpun, bila duduk dekat tempat yang berhawa dingin.

Sebab apa?

Hm, ikut pemerhatian, bila kita ada dalam keadaan yang sejuk, kita akan mengeluarkan haba untuk panaskan badan kita and adapt dengan temperature badan yang sesuai.

So, aktiviti pemanasan badan tu kita akan gunakan tenaga.

Then?



.........................................................





Till next time,

A g h i n.

Monday, 2 November 2015

M A K A N A N




Bismillahirrahmanirrahim.
        "Allahumma bariq lanaa, fiimaa razaq tana, waqina a'zabannar"
                                                                                           
                                                                                            
"Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan jauhkan kami dari seksaan azab api neraka"

Amin.

Ni apa kes tiba tiba baca doa makan?

Kalau pembuka kata biasanya baca doa penerang hati ke, doa diberi kefahaman ke, ni tak. Baca doa makan? 

Ada buat makan-makan ke dekat sini?

Takdalah wei. Tema minggu ni MAKANAN.

Makanan yang boleh di makan.

So, cerita pasal makanan johor lah ye. Dah alang alang jadi orang johor ni.

Huhu.

Laksa Johor

Haaaaaaa. Cuba cuba cuba rasa laksa Johor nih! Kalau korang tengok mesti nampak macam mee kari kan? Tapi sebenarnya ni laksa Johor guys!

Siapa yang penah rasa tu, dijemput untuk merasa laksa johor ni. 

Sama ada korang pergi makan dekat kedai yang ada jual laksa ni, atau makan hasil tangan orang yang buat laksa johor, atau kalau nak lagi pure rasa laksa johor, korang cari orang johor yang boleh mabuat laksa nih. Pehhh! 

Jangan lupa mencuba bagi sesiapa yang belum mencuba k. :)




Mee Racun Batu Pahat


Makanan yang famous amous jugak dekat batu pahat, johor. Mee Racun.Jangan risau. Nama je mee racun tapi takda racun yang boleh buat mulut korang berbuih-buih pun lepas makan. Haha.

Tapi apa yang pasti, kebanyakan orang yang dah cuba Mee Racun ni, akan menghadapi simptom keracunan untuk makan lagi next time. XP

So selamat mencuba.

Selamat menjamu mata. Jangan jilat screen pulak ye. Haha

Jemput tengok.



Till next time,

A g h i n.