Monday, 28 September 2015

BEBAS-MYSELF

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Alhamdulillah masih dikurniakan tubuh badan yang sihat, kudrat yang kuat untuk menjalani hari ini. 


Nama diberi dulu, kini dan selamanya Amira Azrin binti Kardani.
Berumur 19 tahun hampir mencecah 20 tahun pada tanggal 3 Januari 2016. Sedar tak sedar, hampir 20 tahun diberi pinjam segala-galanya oleh yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Anak jati Batu Pahat, Johor. Keturunan Melayu, of course Warganegara. Sebenarnya, nenek moyang dulu asal dari jawa then berhijrah ke Malaysia. So, dalam kategori orang jawa jugaklah haha. Nak suruh cakap jawa, bolehlah sikit sikit. Not bad lah daripada tak reti langsung. :D

Something special? Hm, special takda kot. Sama je macam orang lain. Tapi apa yang lain daripada yang lain, kalau korang lahir dekat hospital or dekat rumah, aku lahir dalam kereta. Dalam perjalanan nak pi hospital Batu Pahat. Lain kan? Haha. Yang aku tak faham, orang dekat pejabat pendaftran tu pun satu hal. Nak jugak letak tempat lahir dalam surat beranak tu "Dalam perjalanan ke hospital" Hahaha.

Zaman persekolahan bermula daripada:

  1. Tadika Kemas Seri Puleh (2002)
  2. Sekolah Kebangsaan Seri Puleh (2003-2008)
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim (2009-2013)
  4. Kolej Matrikulasi Perlis (2014-2015)
  5. Now, Universiti Kebangsaan Malaysia- Pentadbiran Perniagaan

Kalau nak cerita pasal kehidupan ni, banyak. Suka, duka, pahit, manis semua ada and aku percaya semua orang lalui benda tu. Kan? Terlalu banyak sampai tak tahu macam mana nak describe. 



Till next time,
Aghin.



OBSES

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

ASSALAMUALAIKUM..

Apa itu obses?

OBSES adalah mengganggu, sentiasa dalam fikiran, 

 menggoda, mengharu, memusatkan perhatian.


Okay, korang pernah tak OBSES dengan something? Hm. Sebenarnya, ada baik buruk OBSES ni. Tapi lebih cenderung ke arah keburukan sebab OBSES ni macam satu penyakit pun ada jugak. HAHA

Contohnya, OBSES dengan artis k-pop (biasanya perempuan) sedar tak ini suatu penyakit yang harus dibendung? Kalau ada yang sedar, bila korang terlalu OBSES boleh jadi GILA tau! GILA tu mungkin sampai tahap kena masuk Hospital Bahagia(JOHOR) atau Tanjung Rambutan(PERAK) Korang rasaaaaaaa? Ish, tak berbaloi langsung! So, renung-renungkanlah.

Bila korang obses dengan artis, antara benda-benda gelagat korang bila jumpa/pergi event diorang ialah:
  • Terjerit-jerit sampai nak terkeluar anak tekak #Normal kot
  • Rasa macam nak pengsan bila nampak depan mata (face to face) #Kurang Normal
  • Mesti/Wajib berselfie tak kira apa jua halangan yang berlaku
  • Rasa eksaited teruja sampai jantung berdegup kencang macam nak terbacut  tercabut keluar #Ni Over
  • Sanggup buat apa saja asalkan korang dapat dia. Uishhh. Ni dah tahap bahaya!
Takkanlah nak jadi macam tu kan. So, act normal lah gaissss! Diorang pun manusia jugak sama macam kita. Bezanya, diorang satu Malaysia kenal(famous) kita ni siapa je yang kenal HAHAHA. 
Contoh lain, kalau terlalu OBSES dalam agama pun tak boleh jugak sebab besar kemungkinan boleh sesat(Syiah). Sebab apa boleh sesat? Sebab, terlalu taksub dalam mendalami ilmu agama. Bukannya tak boleh nak terlalu mendalami ilmu agama tapi pastikan korang punya tahap ketaqwaan tu cukup kukuh untuk mengelakkan korang tak ikut ajaran yang salah. Ini bukan berdasarkan pengalaman tapi pembacaan dan penceritaan. Hehe.

Nak cerita banyak-banyak pun, ilmu belum cukup di dada. Kena banyakkan lagi pembacaan dan pengkajian. Okay rasanya cukup dah kot post pasal OBSES. Kang cerita panjang lebor  lebar tak habis baca pulak. Heeee
Hm, enjoy reading gaissssss!

Till next time,
Aghin.